![]() ..dunia ini hanya pinjaman untuk menguji keimanan..wallahuallam.. Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah Sepasang mata menjadi hadiah "Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu" Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seribu soalan Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT, Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat. Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah. 'itulah hari yang pasti terjadi.Maka barangsiapa mengkehendaki,niscaya dia akan menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.' (an-Naba':39) ![]() Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid memburu syahid Dipisah dia berkelana Dipenjara dia uzlah menagih mehnah Namun jiwanya tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana atau syurga.. ILAHIRABBI...siapakah aku disisiMU??? kasihanilah hambaMU yang lemah ini.berikan kekuatan kepadaku untuk bertatih di dunia yang sementara ini dan mengejar REDHAMU...YA RABBAL 'ALAMIN..
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
....assalamulaikumAssalamulaikum.. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk mencoretkan sesuatu di sini.. Kekalutan di sana-sini..memang akhir zaman ini penuh dengan fitnah..Ya Allah selamatkan kami dari tipu daya... more
|
![]() masihkah kau ingat??
![]() mencari cinta-cintaNYA..Bertemu cinta TeragungDi dalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara di malam gelita Tahu cintaNYA menerangi jiwa. Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit Di lembah terhina Hidup yg pedih mengajar ku... more
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||














